Kontroversi Tom (penyanyi)

Pada Julai 2010, nama Tom cukup hangat diperkatakan apabila beliau dituduh sebagai orang ketiga apabila beliau terlibat dengan hubungan sulit bersama seorang lelaki yang berstatus sebagai suami orang. Beliau turut mendakwa telah dipukul dan diserang oleh isteri kepada lelaki tersebut namun kejadian pergaduhan tersebut sempat dileraikan oleh keluarga wanita tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut, beliau berasa tidak berpuas hati apabila dirinya telah difitnah oleh wanita tersebut dan kemudian beliau membuat laporan polis sekaligus membawa kes mereka tersebut ke mahkamahserta membuat keputusan untuk tidak akan menarik balik kes selagi namanya tidak dibersihkan oleh pihak wanita tersebut. [5]